Saturday, May 1, 2010

Kebosanan di Bumi Kenyalang...

ini tempat saya menginap. betul-betul depan Cat Statue. bilik saya mengadap Sungai Sarawak di belakangnya

Saya di Kuching...berdua dengan superior (sik mahu bercerita lebih lanjut tentang dia). ditugaskan meneliti kerja-kerja pembelian barang atau servis di bawah aras yang dibenarkan (procurement below threshold).

3 minggu. saya ulang. 3 MINGGU. mendarat tiba di bumi kenyalang 18 April yang lalu. sekarang di bilik hotel bersendirian mahu menyambung tugas-tugas pejabat yang tergendala. 

hari minggu pertama
Sabtu: bersendirian ke India Street, masuk Waterfront Bazaar, terus ke Main Bazaar membeli belah cenderamata
Ahad: bersendirian di bilik hotel membuang kebosanan melihat Sungai Sarawak

hari minggu kedua  
Jumaat: bersuka ria menziarah Cu sekeluarga di Serian with Nazihah (kesian Risa nangis  x benarkan saya pulang...bianne babe)
Sabtu: ke Pasar Satok (sik beli apa2...sepertinya Pasar Tani sahaja) bersama Nazihah juga
Ahad: belom tahu lagi. saat menulis baru hari Sabtu

Ada apa di Kuching? sik ada apa-apa bagi aku...mungkin kerna aku sik tahu mahu jalan ke mana...ditambah dengan superior yang awal-awal lagi omong sik suka liburan membutuhkan keinginan aku mengexplore bumi yang kaya dengan gambir ini hiks! (benci bila ade penjual lelaki yang mengpromot gambirnya semasa aku di Main Bazaar)

aku kangen dengan kehidupan di Kuala Lumpur.. :(